Sunday, September 25, 2011

.Pekung.

Ada masanya aku sangat takut menjalin aksara.
Takut dibuka pekung sendiri.

Aku bukan budak baik.

Sila ingat, jika aku buat salah jangan ikut.
Aku tak mampu untuk tanggung dosa tambahan.
Dan kalau berani, bersemuka dengan aku cuma berdua.

Aku sedia terima teguran, bukan makian.

Dalam hidup, aku tak pernah puas membuat kesilapan dan dosa.

Kau juga sama kadar sama aku,
atau lebih tulus?

Tepuk dada. Sendiri-sendiri punya rahsia, sendiri-sendiri makan, sendiri-sendiri simpan.

1 comment: