Wednesday, October 26, 2011

.Alahai Omak!.

Gegelung cincin di jari hadiah dari emak sudah semakin hari semakin longgar sedangkan terasa diri semakin hari semakin membelon. Adakah ini bermakna senaman jari aku berjaya dengan cemerlang?

Hahahahaha.

Cincin ini selalu disalah ertikan. Dikata orang sebagai cincin pertunangan aku. Teman-teman di sekolah kadang-kadang mengusik, "Rugilah pakai cincin. Tak berani kumbang datang dekat. Kalau tahu single pun masih  perlu fikir dua kali."

Aku senyum. Kalau takut mahu tanya sendiri, dia bukan ciri-ciri lelaki yang boleh buat aku kagum. Tanpa keberanian, mimpi tak bermakna apa-apa. Dan aku sendiri, belum yakin lelaki semacam mana yang boleh terima aku dalam laku aku.

Ruang yang ada ini aku perlu simpan sedikit untuk diri sendiri. Untuk aku buat sedikit pemantapan kendiri. Masih banyak kurang sana sini.

Dan yang pasti, aku bukan perempuan dengan tingkah laku beserta gaya lagak matang. Aku gagal serta merta.

Entah kenapa aku mengarut sampai ke sini. Nasib sahaja aku tak sambung 'jaja' diri sendiri. Adus. Mak lah ni, tanya-tanya lagi. Sampai aku habis kata mahu jawab apa. 24 jam sehari, soalan sama diulang tanya lagi;

"Masih belum jumpa calon teman lelaki?"

Geleng dan garu kepala sahaja. Emak, emak. Haih. Macam-macam.

5 comments:

  1. mak aku paling dasyat. asal aku keluar je dengan kawan laki die assume itu bf aku. padahal tak kuasa aku nak berlaki dengan kawan sendiri yang hari2 dok tumbuk sana sini. haha, paling dasyat mak aku pantang kalau ada ank2 kwn die yg sebaya aku dah tunang atau dah kawen, mulalah die bebel tak renti2. aku ase mmg ni pesen mak2 zmn skrg. hehe.

    ReplyDelete
  2. esok-esok korang dah ada anak pompuan besar panjang nanti pun akan bertanya dan berpesen macam mak korang sekarang..

    haha

    ReplyDelete
  3. hana. aku faham.aku pulak, belum keluar, baru cerita sikit-sikit pun satu kampung dah tau. geleng kepala. kadang2 geram, tapi kadang2 gelak sendiri sebab rasa funny sangat. hahaha.

    ReplyDelete
  4. phan: hahahha. satu masa nanti silap2 hari bulan mak risik sikit2 je tapi bapak2 pulak yang beria tanya itu ini. tak mustahil kan? hahahha.

    ReplyDelete
  5. soalan itu..
    aduh
    pusing kepala mahu menjawab

    ReplyDelete