Thursday, October 27, 2011

.Seekor arnab putih dengan raga kosong di awan.

Seekor arnab putih berlari-lari riang di biru langit. Dia membimbit sebuah raga kosong. Mahu mencari lobak putih dari taman keliling persis syurga, juga berwarna putih. Hey, bukankah putih itu suci?

Dia berlari-lari dengan riang. Sejenak, dia bertemu sang naga. Naga ini tidak punya api dari sesak nafasnya. Cuma ada asap. Warnanya hitam, malah memabukkan sesiapa yang menghidu baunya. Macam bau kentut di bumi manusia. Kentut berperisa telur rebus tembelang, kalau tidak silap sang arnab.

Demi pernafasan normal, sang arnab ambil kantung muka dan pakai pada wajah. Yang penting kesihatan dan nyawa. Dia tidak rela mati sia-sia.

Tiba-tiba datang angin kencang. Jasad sang arnab sedikit-sedikit bercerakin. Sikit-sikit berubah menjadi suatu bentuk yang tidak dikenali.

Maka tahulah si pemerhati di bumi, ini namanya takdir. Dia belajar dari kisah sang arnab itu tepat-tepat pada batang butuh hidungnya. Bahawasanya, sesuatu kejadian itu tidak mampu dirombak kalau itu takdirnya. Dan menurut manusia-manusia yang rasa hebat, kata mereka takdir itu boleh diubah pindah sesuka hati yang berkeinginan. Si pemerhati senyum simpul, mohon dibuktikan sebaris kata-kata itu.

6 comments:

  1. ia bukan untuk diubah-ubah.

    tapi

    kita masih mampu melaksana takdir yang terlaksana.

    *ah,ulangan lagi kata-kataku itu.

    ReplyDelete
  2. kita cuba tentukan tapi ia kekal sedia direncana. itu namanya takdir.

    ReplyDelete
  3. arnab putih ? naga hitam ? nampaknya hitam dan putih warna seni (mungkin) seseni nukilan mu dayyanna

    ReplyDelete
  4. kita mampu mengubah takdir hidup kita bukan

    ReplyDelete
  5. takdir penentu segala...nasib boleh diubah,takdir sudah lama ditulis..

    ReplyDelete
  6. itu beza Qada' dan Qadar , sebnar nya .

    =)

    ReplyDelete