Tuesday, November 1, 2011

.Teralih bahasa jiwa menjadi lukisan tak difahami makna.

Sejak kata-kata bukan lagi medium terbagus meluahkan perasaan, jari jemari aku kian rancak melakar di atas kertas. Namun aku akui, lukisan-lukisan itu cuma contengan-contengan melepaskan perasaan. Menurut kawan-kawan guru, kadang-kadang lukisan itu menjadi terlalu abstrak untuk difaham telekkan.

Aku tidak tahu sejak bila, tapi selagi semarak rasa dalam dada tidak kurang, selagi itu tangan tidak mahu berhenti melakar. Sampai aku tercungap menyiapkan lakaran itu. Sampai berpeluh, sampai mampu untuk tarik nafas dalam-dalam dan lepas.

Ada satu gambar, lepas siap melukisnya aku tidak tahu kenapa begitu jadinya. Jujurnya, aku tidak punya basis kuat dalam melukis. Aku belum lagi menguasai bidang itu. Sedikit-sedikit menconteng bolehlah! Cuma sedikit lawak, lukisan-lukisan itu bagai menjadi hiburan pada warga kecil di bilik guru itu serta anak-anak renek yang aku sayangi. Ada juga anak murid yang sekali sekala datang singgah ke bilik guru minta untuk melihat lukisan. Kalau mereka beruntung, akan ada lukisan kartun bulat-bulat yang aku beri nama Snowiey Series. Lukisan ala kadar yang kadang-kadang mencuit hati. Pada aku, elemen kecacatan pada lukisan itu yang buat ia punya sedikit tarikan.

"Ustazah, tangan dia yang kecil ni ke?"
"Ustazah, mata dia kenapa tak sama besar?"
"Mulut dia macam ni je ke ustazah?"
"Ei, kaki dia pendek. Lawak je."

;dan lagi, dan lagi dan lagi, kecacatan demi kecacatan.

Buat masa sekarang, aku bingung mana hilangnya kata-kata. Biarlah aku dan perasaan bergabung dalam lukisan tanpa arah.

Aku harap, aku faham apa yang aku tidak fahami dari hasil kerja sendiri. Mungkin itulah jawapan untuk aku bagi setiap remuk resah bahasa jiwa. Kemudian nanti sahaja bisa aku bebas berlari dengan senyum yang tak akan terkopek dari muka.

Rasa yang belum aku mampu fahami, tersergam dalam tiap titik dan garis pada lukisan. Aku perlu segera selesaikan ia. Mencari makna semampu terdaya.

5 comments:

  1. lukisan kau pasti sedikit sebanyak beri kesan pada anak2 renek itu .

    =)

    ReplyDelete
  2. contengan2 itu adalah penghambur rasa, bagi aku.

    hey, hantarlah lukisan comel itu ke sini..kongsikan bersama. http://zonxkaosx.blogspot.com/

    seni, walaupun nampak huduh di mata kita, ianya adalah seni yg x ternilai harganya. ^_^

    ReplyDelete
  3. ah, anak kecil. apa sahaja kau lakukan, pasti mereka terkesankan.

    seronoknya dikelilingi kanak-kanak. aku suka. :)

    ReplyDelete
  4. katakan saja pada mereka, tiada yang sempurna melainkan DIA .

    ReplyDelete