Sunday, October 23, 2011

.Koma.

Buat masa sekarang, aku sedang patah jari.

Kekasih aku sedang nazak. Adik aku belasah dia sampai koma. Nak buka mata pandang muka aku pun, kekasih aku itu tak mampu. Kasihan dia. Kasihan aku.

Pernah dulu, setahun kekasih aku merajuk. Bisu tanpa kata-kata. Aku pujuk, belai-belai manja, tetap dia tak nak bersuara. Aku rindu dia, dia diam juga. Aku terus setia dengan dia. Demi kesetiaan aku, akhirnya aku kembali dengar suara lunaknya. Kembali kami melakar bahagia. Sampai semalam. Pulang dari kem, aku yang kepenatan meninggalkan kekasih aku sendirian di bilik.

Entah apa masalah adik aku, dia ambil. Mula-mula main-main dan bergurau bersama. Lepas itu, tak tahulah sebab apa. Agaknya bergaduhkan sesuatu. Adik aku mula belasah kekasih aku itu. Aku masih belum perasan.

Malam tadi, aku cari kekasih yang aku tinggalkan di bilik. Jumpa. Tapi, sudah terlewat. Kekasih aku itu sudah koma.

Walaupun aku geram rasa nak cepuk-cepuk adik aku, tapi sebab opah dan mak sedara datang menjenguk ke rumah, aku pun terpaksa sabar. Pergi dapur dan masak. Dalam hati, ada sedikit rasa bebal. Awal-awal aku cakap pada adik, jangan datang dekat. Tak mahu layan dia. Malam tadi, bila dia duduk sebelah, aku geletek juga dia. Macam tak ada apa-apa yang jadi.

Tapi sumpah subal hati aku. Aku dah rindu lah dengan kekasih aku tu.

Mana nak cari cd format Acer Aspire 4315 ye? Pening kepala.

2 comments:

  1. hehe meh abg tlg cri..dayya msg abg jp..ade bende nk tanye psl kekasih dayya yg koma ni heee

    ReplyDelete
  2. tapi kau tak leh kawen ngan dia.haha.

    kekasih tak semestinya dimiliki.

    ReplyDelete