Thursday, October 20, 2011

.Teman.


Teman,

Usah kau takut pada bahagia. Aku bukan malaikat mahupun Tuhan untuk kata bahawa kau akan bahagia selama-lamanya tapi demi masa-masa genting juga waktu-waktu dingin, selalulah ingat detik-detik bahagia yang kalian kongsi dengan pasangan.

Aku bukan doktor cinta, apatah lagi aku sendiri bukan orang yang layak untuk bercerita tentang cinta. Kerana setakat ini aku sendiri masih buntu akan keberadaban cinta dalam hidup aku. Maksud aku cinta kepada manusia berbeza jantina.

Mungkin aku terlalu anak-anak dari kalian mengenali cinta. Tapi demi kasih sayang aku pada kamu semua, jangan sekali-kali kamu menangis sebelum bertanya dengan jelas situasi penyebab konflik. Sebab aku percaya, mendengar dengan hati-hati dan memahami titik perbedaan itu adalah terpenting dalam perhubungan.

Aku doakan kebahagiaan kalian, selalu. Sila jangan lupa doakan aku juga.

Aku sayang kalian.

4 comments:

  1. kau orang yang baik . =)


    aku suka tu .

    ReplyDelete
  2. mana pernah lupa orang yang mendoakan kebahagian kita.

    ReplyDelete
  3. kehadiran membawa seribu erti... terasa bagaikan suatu mimpi..

    ReplyDelete