Friday, November 18, 2011

.Hei, kau cuma pengecut yang lelucon.

Melayu bukan bermaksud menjadi layu.

Kerana melayu aku hormati senioriti. Tapi bukan bermakna aku tunduk pada kebodohan para senioriti. Mahu mendabik dada dan menyerang dari belakang? Silakan. Aku tak gentar sebab di sekeliling aku punya mata melihat kebenaran, bukan macam kau yang buta. Silakan, perjudikan kata-kata kau yang menjulang omong, sebab sedikitpun aku tidak kisah kitaran arus fikir kamu yang tak pernah berkembang. Berpusatlah dan teruslah menjadi melayu yang buta.

Aku bukan sebahagian kalian.
Aku melayu dengan asas prinsip utuh.

Serang aku semahu kau. Kalau berani,berdepan. Aku telah lama siap siaga memberi jelas pada kabur mata kau yang buta.

Kau berani? Tak, kau cuma pengecut yang lelucon.

5 comments:

  1. uishh..marah kat sapa nih,Dayya.

    jangan dilayan sangat,nanti orang terang2 cop melayu mudah mengamuk.cool ok.

    :)

    ReplyDelete
  2. mahu bertempur dengan siapa ni dayya? mari aku masuk gelanggang sekali. :)

    ReplyDelete
  3. Secara peribadinya cara penulisan dayyana dan ghost writer seakan-akan sama je ... adakah mereka ni berdua adalah orang sama atau lain ... b3njy kebingungan juga.. emm tak kisahlah sama ke lain ke janji ia lebih unik dari kebanyakan entri yang b3njy baca ... teruskannya b3njy suka ... terima kasih.

    ReplyDelete