Agak lama aku bisu kata-kata. Akhir-akhir ini sedikit sibuk menyiapkan thesis-thesis yang bersusun untuk dibaca dan ditulis. Ye, sekarang aku sudah mula mengambil upah menulis dan mengedit thesis. Selain itu,aku sudah memulakan kembali profession selaku mak andam untuk majlis-majlis perkahwinan dan seangkatan dengannya. Dan seharusnya, awal bulan 12 ini aku sepatutnya menggalas tugas PR untuk sebuah butik di Kuala Kangsar. Cuma selaku pekerjaan sampingan.
Dan kerja tetap, aku masih belum memulakan pencarian.
Terpenting, aku bingung dengan lappy yang asyik meragam. Tindakan spacebar yang tidak menjalankan tugas sebaiknya buat aku rasa menyampah.
Rasa mahu menggunakan mesin taip sahaja.
Dan seperti setiap luahan rasa pada diari kecil ini, aku mahu menyatakan rasa buntu dengan masa depan.
Aku ditanya perihal maknanya hidup, dan jawab aku hidup ini bila kita rasa mahu mati kerana tidak ada yang mati mahu minta mati lagi.
Jadi, walaupun depan masa nanti aku tak tahu apa akan jadi aku tetap harus semangat melawan seiring kudrat yang ada. Sekurang-kurangnya kalau aku mahu mati, aku mahu mati berdarah tercampur peluh. Bukti aku pejuang, waktu hidup.
Supaya bila mati nanti aku tidak menyesal.
hey, kau ada bakat mengandam rupanya? bolehlah solekkan aku. hehe.
ReplyDelete