Hidup dalam rumah kertas seperti ini bukan lagi satu kesusahan. Rumah kertas ini bukti sekali lagi betapa aku cuma dari kalangan anak-anak yang bingung. Sekali pun sejak dulu, para pemain yang bego menyusun atur dekorasi rumah kertas ini dengan tangan-tangan kasar, tidak pernah aku puja banggakan. Malah ia cukup menyesakkan. Aku bukan petualang yang enak pada tangan-tanganTuhan dusta. Aku terlahir selaku petualang yang curang.
Usah ditanya, securang mana aku.
Cukup sahaja kalau kau tahu betapa enaknya minuman panas dari selang waktu antara terminal keretapi yang bergerak lembab dan pada saat kau berdakapan dengan mimpi dalam lingkar tangan kesejukan; juga katup gigi yang berlaga.
Rasanya sama kali jumlah rasa enak petualang curang yang aku teguk sepanjang hayat. Iyalah. Aku sudah tahu juga betapa bodohnya aku, cukup sekadar tahap itu.
saat berantakan,serasa semua mau dileraikan.namun ketahanan mental,menjadikan ianya lebih baik.
ReplyDeletekekalkan dengan rasa.
kenapa sayang?
ReplyDeleteNampaknya GW je yang memahami cerita dayya ni ...
ReplyDeleteberusaha juga cuba membaca berulang kali tetapi masih juga tidak faham apa maksud sebenar ... emmm ?
ReplyDeletenampaknya hanya ghost je seorang yang memahami nya ... menarik !
ReplyDeletewalaupun tangan-tangan itu menjamahmu kerana kecurangan tetapi masih ada tempat berteduh dirumah kertas. gunakanlah rumah kertas tu sebagai perlindungan walaupun tsunami akan menjelma kerana rumah kertas itu menjadi perlindung hati walaupun hanyut berlayar bersama sang camar ke lautan hijau penuh dengan gigi2 tajam yang timbul dari serpihan awan yang bertaburan bagaikan lampu neon yang pecah.
ReplyDeletetapi pondok usangku polistren... ok tak?
ReplyDeleteghost: cepat kau tangkap. yeah. sedang usaha untuk kekalkan.
ReplyDeletehana: perkara kecil yang kusut.haha.
ReplyDeletebenjy: kadang2 aku tulis sesuatu yang paling sulit, yang aku tak mahu orang lain tahu jelas tentang apa. cukup faham rasanya. :)
ReplyDeletepondok usang: huisyh. senang terbang nanti. eheh.
ReplyDelete