Friday, February 3, 2012

.Nisa - Bidadari Cahaya.

"Kau percaya pada Tuhan?" soalan Alex menyebabkan aku tersedak arak di kerongkong. Terasa pedih salur tekak hingga ke hidung. Ada sedikit saki baki arak yang keluar melalui rongga hidung, aku seka dengan tangan yang sedikit basah.

"Kepercayaan kepada Tuhan itukan rukun negara. Rakyat Malaysia yang prihatin macam aku, mestilah percaya!" jawab aku dengan gelak yang kuat. Gelak aku bersambut dan bersatu dengan hilai tawa Alex. Kami kembali meneguk arak lagi, terus dari muncung botol kaca berwarna coklat tua itu.

Embun malam terasa bagaikan ais, keadaan terasa makin sejuk. Bagaikan orang Eskimo, aku menggigil kesejukkan. Alex pun sama. Mata kian berat dan makin lama, dunia makin gelap.

Hitam.

Bila tersedar, ada seorang perempuan tanpa pakaian di ranjang bersama aku. Aku tersengih nakal. Selimut yang menyelimuti kami, aku luncurkan ke bawah katil. Tubuhnya yang bogel tanpa baju kini menjadi santapan makan pagi ku.

Aku membelai-belai tubuh itu. Gadis Tiong Hua itu tersenyum manja, masih mamai keadaannya. Dia bagaikan terhibur dengan belaianku terhadapnya. Aku semakin bersemangat. Pipi mugilnya aku kucup. Makin lama, makin menghampiri bibirnya. Sampai ke bibir bak delima itu, kucupan dan ciumanku mula mengganas. Bibir dan lidah itu aku cium rakus.

Aku dapat rasakan tubuhnya sudah sedia menerima asakan demi asakan belaianku. Namun tiba-tiba dia menolak tubuhku. kucupan dan belaian terhenti seketika. Dia memandang mataku dan tersenyum sinis.

"Kau tahu, syurga yang kita suka ini adalah tiket untuk kita sama-sama ke neraka."

Aku malas melayan kata-kata itu. Tubuh dia kembali aku rangkul. Nampaknya dia sedikit kurang senang bila tubuhnya kembali ke rangkulanku. Dia pandang aku lagiu. Semakin dalam kata-katanya tadi diulang pada pendengaranku.

"Syurga yang sedang kita nikmati ini adalah tiket untuk kita sama-sama ke neraka." Satu-satu perkataan itu diucapnya, sengaja mencabar kemarahanku. Pedih dan dalam.

Aku mengeluh berat. Nafsu yang ghairah tadi mati begitu sahaja. Aku bangun dari katil dan bergerak ke bilik air. Mandi dan bersiap seadanya. Aku terus ke rumah untuk menyalin pakaian sebelum terus ke tempat kerja.

Petang itu aku ke pantri. Di situ, ada seorang gadis bertudung. Tidaklah cantik namun wajahnya ayu. Hatiku rasa tertawan lalu aku menghampiri tubuh yang menghadap ke luar jendela, ralit menikmati panorama selepas hujan.

"Hai, jauh termenung."

Gadis itu nampak terkejut. Dia tersenyum kemudiannya. Manis!

"Seronok pula tengok pemandangan lepas hujan.Ada pelangi." ucap dia sambil menunjukkan jarinya ke arah pelangi di awan. Aku rasakan perbuatan dia waktu itu sangat comel.

"Hati-hati, nanti jari putus" jawab aku cuba berjenaka. Dia tergelak kecil. Dari tadi, semua tindak tanduknya bersederhana. Nampak bersahaja, buat aku tambah tertarik mahu mengenalinya.

Dia meneguk air dari dalam cawan sesudah ketawanya berhenti.

"Nama awak siapa?" soal aku mahu mencuba nasib. Dah tahu nama barulah senang nak mengorat!

"Nisa" jawab gadis itu tanpa bertanya namaku kembali. Aku terasa egoku tercabar. Gadis ini bagaikan mahu jual mahal pula. Aku tersenyum. Mungkin inilah yang dikatakan buku bertemu ruas. Gadis dengan gaya beginilah yang aku tunggu selama ini. Barulah terasa tercabar ego lelakiku.

"Saya Azri." Aku perkenalkan diriku tanpa dipinta. Dia mengangguk.

Aku terasa makin tercabar dengan tindak tanduknya. Namun rasa ini bukanlah benci atau marah. Ianya lebih bersifat geram. Geram kerana umpanku tidak mengena. Geram, gadis ini kalis peluru cinta.

"Okaylah Azri, saya nak sambung kerja," dia berbasi-basa meminta diri. Aku masih belum berpuas hati. Dalam keadaan yang masih huru hara memikirkan ayat untuk menghalang dia pergi, tiba-tiba sebaris soalan meluncur laju dari mulutku.

"Nisa, awak percaya Tuhan?"

Nampaknya gadis itu terkedu. Langkahnya terhenti. Tubuh yang sudah membelakangiku kembali berpusing menghadap batang tubuhku. Wajah polos itu kelihatan keliru.

"Tak ada sebab untuk saya tidak percaya." Jawabnya tegas.

Hembusan nafas berat aku lepaskan.

"Awak tak setuju?" soalnya lagi. Nampaknya aku berjaya menarik minatnya untuk berbicara. Tapi topik yang ini sangat berat. Topik ini bukan yang sepatutnya aku ketengahkan.

Ah, aku sudah buat kesilapanj paling besar! Menyesal.

"Saya tidak nampak Tuhan. Saya tidak percayakan apa yang tidak boleh nampak. Jadi, saya tak percayakan Tuhan." jawab aku.

Dia tersenyum sambil menggeleng.

"Awak terlalu berkira-kira, Azri." ujar gadis itu. Aku pula hilang punca-- tidak faham maksud ucapannya. Keing sebelah kanan terangkat. Aku garu kepala.

"Kenapa kata saya berkira pula?" soal aku memberikan bukti nyata betapa tidak sampainya mesej yang ingin dia sampaikan tadi.

"Pemikiran awak, sama dengan kira-kira mudah Matematik. Premis A= Tuhan tidak nampak. Premis B= Semua benda tidak nampak tidak boleh percaya. Premis C= Tuhan tidak boleh dipercayai."

Aku rasa terpukul. Cara dia gambarkan cara fikirku sebentar tadi buat aku malu sendiri. Aku sendiri tidak pernah perasan. Gadis ini unik cara pemikirannya. Aku cuba pertahankan pemikiranku, namun tidak ada hujah yang keluar.

"Azri pernah nampak angin? Oksigen? Zarah?" soal dia. Aku geleng.

"Jadi, Azri tak percaya wujud angin, oksigen dan zarah?" soal dia lagi.

Aku terkedu sebentar, namun cepat-cepat menyanggah. "Awak silap Nisa, angin, udara dan zarah memang tak dapat dilihat tapi Sains berjaya membuktikan kewujudannya." jawab aku lancar. Kali ini aku yakin dengan jawapanku.

"Apa Azri rasa kewujudan Tuhan tak dapat dibuktikan oleh Sains?" soal dia lagi, masih tersenyum. Lagi-lagi aku terkedu. Entah kerana manis senyumnya atau bijak pendapotnya.

"Sebagai seorang Islam, Tuhan yang saya percaya ialah Allah. Dalam Islam, Allah tunjukkan kewujudanNya dalam setiap isi dunia. Malah ianya secara terang-terang telah tercatit dalam Al-Quran. Sudah banyak contoh yang berjaya dibuktikan oleh Sains kesahihannya." Gadis itu berhenti seketika, mengambil nafas sebelum menyambung semula kata-katanya.

"Contoh-contohnya, Azri boleh cari sendiri. Biasanya apa yang kita dapat dari hasil usaha kita sendiri, kita lebih hargainya." Ujar dia lagi.

Aku mengangguk.

*****

"Nisa, saya masih ada soalan" waktu itu aku terserempak dengan gadis itu selepas waktu pejabat. Kami sama-sama berada di dalam lif. Kebetulan waktu itu cuma ada kami berdua.

Dia tersenyum. Wajah itu aku lihat bagaikan bercahaya. Terasa tenang hatiku sejak mengenali dia.

"Apa dia?" soal dia pendek, namun jelas dia sedikitpun tidak terganggu untuk menjawab soalanku.

"Apa pendapat awak tentang syurga dan neraka?" soal aku lagi.

"Wallahualam. Dalam syurga itu telah dijanjikan setiap kebahagiaan dan neraka pula dijanjikan keperitan siksaan." jawab dia.

"Bukan itu maksud saya."

"Jadi?"

"Mengapa Tuhan ciptakan syurga dan neraka? Kalau awal-awal telah wujud syurga dan neraka, kenapa Allah tidak hukum Nabi Allah Adam A.S dan Hawa A.S. ke neraka? Mengapa mereka diturunkan ke bumi? Bukankah ianya mendatangkan kerosakan? Tuhan bagaikan kejam, sengaja mahu menyiksa hambaNya."

Gadis itu mengangguk. Dia memandang aku. Matanya memukau jiwaku.

"Azri, di dunia inipun kalau kita buat salah, bukannya terus dihukum mandatori. Kita diberi ruang untuk bertaubat, menyedari kesilapan yang telah kita lakukan. Kita diminta bermuhasabah. Malah, kita juga punya hak untuk dibicarakan. Inikan pula kita bercerita tentang Allah Yang Maha Penyayang, Allah Yang Maha Pengampun."

"Dunia ini Allah sediakan untuk kita bermuhasabah dan memperbaiki kekurangan kita selaku hambaNya. Dan kita juga punya Hari Kiamat untuk dibicarakan. Bukankah begitu?" soalnya pula.

Aku terdiam lagi. Berfikir untuk setiap kalinya. Sekali lagi membenarkan bicara gadis itu menusuk lembut ke kalbu.

Nisa-- kau bagaikan bidadari cahaya dari syurga. Mungkinkah kau hadiah Tuhan untukku? Namun, siapalah aku untuk layak emnerima hadiah sebegini bermakna dari Tuhan.

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Tiba-tiba sahaja lagu nasyid nyanyian Raihan terngiang-ngiang di telingaku.


Iman, bukankah hadiah dari Tuhan buat hambanya yang terpilih?
Alhamdulillah ya Allah, Kau kembalikan Imanku dengan cara yang paling manis.

"Lailahaillallah, Muhammadarrasulullah."

Sesungguhnya tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.



3 comments:

  1. lelaki boleh saja merasa menang kerna seorang perempuan,dan boleh juga merasa kalah kerna seorang perempuan.

    ReplyDelete
  2. baiduri cintaku... Salam Maulidur Rasul.. =)

    ReplyDelete
  3. aku suka ini.

    iman dan hidayah adalah pemberian terbesar Allah untuk hambanya. indeed.

    ReplyDelete