Agaknya dalam dua ketul bontot aku ini sudah terisi dengan segala jenis batu yang berat-berat. Rindu mahu berlatih silat tapi malas betul mahu bergerak.
Tadi, aku lihat semula rakaman-rakaman demo yang aku sertai. Tak banyak, tapi aku rindu waktu-waktu itu.
Hujung minggu ini ada jemputan untuk menyokong Wajadiri. Dalam hati ada banyak benda lain yang aku mahu buat. Tapi, hati masih serba salah mahu memilih. Menurut kehendak hati sehingga mengganggu jadual asal orang lain, atau menyertai kumpulan yang dengan depa tangan mengajak. Atau mungkin sahaja mencuri sedikit seri dari pasangan pengantin. Dan tentunya hati aku sudah mula memberontak mahu pulang ke rumah.
Ah, kalau bisa sahaja badan aku dikerat empat bolehlah aku menikmati semua yang aku mahu hujung minggu ini.
Hati-- mana satu paling mahu kau buat?
:Aku takut silap-silap haribulan hujung minggu ini cuma terbungkang di atas katil di bilik bagai robot kehabisan bateri. Selalunya begitu. Bila sahaja aku tidak tahu mahu memilih yang mana, sehari itu bagaikan mati. Bila aku sedar, sehari itu sudah berlalu rugi.
Aku takut akan berhadapan dengan kerugian (lagi).
yayang.. u da stat keje?
ReplyDeletewah tak sangka kau pun pernah belajar silat jugak...
ReplyDeleteain: yayang, belum lagi. 29 ni la paper exam i yang last tu. Arabun. hahaha. lepas itu baru bergerak ke alam lain. eh maksudnya alam kerja. ngee
ReplyDeleteghost: aku kan pencinta seni. Silat pun salah satu. hahaha.
ReplyDeletelewat ini aku sering dalam kerugian... biarkan hari melepasiku begitu saja...
ReplyDeletekisah hati: mungkin kau perlu berehat :)
ReplyDelete