Thursday, July 28, 2011

.Seniman-katak-wannabe (2).

Sebagai seekor katak di bawah tempurung, tidak aku sedar putaran waktu di luar. Yang aku tahu bila lukisan aku siap itu maknanya hari sudah gelap. Sudah malam.

Sayup-sayup dari luar tempurung, kecoh aku dengar tentang pesta mengejar bola antara Pak Rimau dan Pak Singa. Pak Rimau dan Pak Singa sama-sama garang. Cuma nasib lebih kepada siapa. Lagipun, apalah yang mahu direbutkan dengan sebiji bola itu. Kalaulah bola itu arnab, sedap juga dibuat daging salai.

Lukisan yang sudah siap aku mahu gantung pada dinding tempurung.

Niat awal, begitulah. Tapi mana mungkin aku muatkan semuanya sekali tergantung dalam ruang sempit tempurung ini. Aku harus bina sebuah galeri baru. Biar makhluk sebesar-besar gajah juga boleh muat masuk melayani perasaan melihat-lihat lukisan yang aku siapkan.

Oh. Dan tadi sebenarnya aku berniat mahu melukis di atas tanah basah sahaja. Tapi tidak jadilah. Aku mahu jadi seniman katak yang bijak dengan otak platinum. Mana boleh calang-calang melukis di atas tanah sahaja. Nilainya rendah. Aku mahu jadi seniman agung. Seniman-katak-wannabe.

Dan atas daun keladi yang lebar dan kalis air, air lukiskan lakaran demi lakaran. Dan dengan ini penuh rasa bangga aku mahu mengajak seluruh isi perut belantara datang menyelami jiwa seorang seniman-katak-wannabe.







Ehem. Lepas ini bolehkah saham aku naik? :)

Esok aku harap galeri seni aku siap.

14 comments:

  1. cik pelangi: hahaha. malam semalam itu semua. gile bosan. haha.

    ReplyDelete
  2. Lukisan bawah sekali tu cun okeh.

    ReplyDelete
  3. ko dah ceburi satu lagi cabang seni ek..bravo!

    ReplyDelete
  4. Hahahaha kelakar gila. Banyak pulak tu ideanya.

    ReplyDelete
  5. Hehe. boleh. -.-" tak nak buat pop up komen? internet slow.

    ReplyDelete
  6. mehmed: haha. tidak lah. gantung di sini sahaja. ahha.

    ReplyDelete
  7. nasz: ada sesuatu dalam hati. mahu menulis sudah tidak mampu. adaptasi dalam lukisan lebih mudah. huhu.

    ReplyDelete
  8. lucifer: haha. selepas check timing loading, maka saya setuju dengan kamu. dah buat pop up komen. :)

    ReplyDelete
  9. hana: hahha. satu malam yang mencari suka2. ahha.

    ReplyDelete