Friday, August 5, 2011

.Merpati putih 2.

Pernah aku ceritakan tentang dua pasang merpati putih. Sepasang, telah mengecap bahagia. Aku tak lepas mendoakan. Sepasang lagi, acapkali menjadi kerisauan aku. Namun, acapkali juga mereka yang temani aku.

Seperti suatu ketika tidak beberapa lama dahulu, bersaksikan bulan penuh di langit gelap dua pasang merpati putih telah bawa aku mengembara mengenal syurga dunia. Sepasang di sebelah kanan dan sepasang lagi di sebelah kiri. Sementela aku ini manusia dan tidak pula punya mukjizat dan magis untuk terbang mahu pun bersayap, maka mereka inilah yang bertungkus lumus menjadi sayap kanan dan sayap kiri buat aku.

Dari kepulauan yang menderu bergelek di tepian pantai, aku menyaksikan panorama indah. Yang aku terlepaskan waktu suntuk itu ialah saat terpaling hiba bila matahari terbenam. Yang aku ralatkan waktu itu aku menyorok di semak mencuri pandang seekor gagak sambil mula berangan mahu berceritakan tentang biologi dan ekosistem kehidupan begitu. Dan sudahnya yang ditangkap tak dapat, yang dikelek berciciran. Jadilah aku manusia yang rugi.

Berbalik pada kisah malam ditemani terang bulan penuh, dua pasang merpati dan seorang aku bagaikan berseronok bermain Treasure Hunt. Padahal yang kami sedang kejarkan pada waktu itu adalah aroma lazat dari hidangan-hidangan segar. Menelusuri hutan, aku di bawa dari satu simpang ke simpang yang lain, menembusi dari satu semak ke semak yang lain. Akhirnya kami sampai ke sebuah jeti. Kemilau suasana di situ dengan lampu. Seketika mata kelabu aku menjadi silau. Cukup silau untuk menerbitkan putaran orbit bintang di keliling kepala.

Hari ini, sepasang merpati kesayangan yang aku risaukan itu masih jauh terasing benua. Merpati putih betina terkurung dalam sangkar sedang merpati putih jantan kini dalam kembaranya mencari rezeki.

Waktu sekarang, aku sedikit jauh dari sepasang merpati putih ini. Aku harap sangat merpati putih ini terus tabah menjadi pasangan hingga satu waktu nanti jelas disah tarafkan dalam kerajaan merpati putih sekaumnya.

17 comments:

  1. riva'i: er, faham tak apa yang nak disampaikan? :)

    ReplyDelete
  2. Bahasa level tinggi lagi tersirat2 ni memang gua fail T_T

    Tapi gua suka lu tulis camni. Rasa cam otak gua kena blend dalam rancangan "Will It Blend".

    ReplyDelete
  3. mmg bagus kau lg jauh. dh halal nnti dekat2 mcm mn pun xpa.siap dpt phla.

    ReplyDelete
  4. azhar: aku tak pandai terima pujian, tapi terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. arnida: :) kalau kamu membaca merpati putih 1, tentu kami lebih faham.

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. aku doakan merpati putih itu mengecap bahagia satu hari nanti~

    ReplyDelete
  7. dia cari rejeki untuk kehidupan yang lebih besar.

    ReplyDelete
  8. walaupun terpisah aku pasti sepasang merpati itu saling merindukan :)

    ReplyDelete
  9. oppsshh..


    high lah sangat..
    xfaham lak...

    ReplyDelete
  10. oppsshh..


    high lah sangat..
    xfaham lak...

    ReplyDelete
  11. cahaya hati: semoga begitulah hendaknya :)

    ReplyDelete
  12. ghost: kehidupan yang berputar dan membulat kian besar. kamu betul. :)

    ReplyDelete
  13. zaft: sebenarnya ini satira.

    saya orang baru. belum mampu menulis dengan baik sbb penulis yang baik mampu membuatkan pembacanya faham apa yang dia cuba sampaikan.

    terus membaca ya. saya cuba menulis dengan lebih baik, lain kali :)

    ReplyDelete