Cik hati, pernah dengar pepatah Inggeris, "Actions speak louder than words?" Kalau pernah kau dengar, baguslah. Kau mahu aku terangkan maksudnyakah?
Maksudnya, perbuatan itu lebih utuh dari perkataan.
Aku menulis tentang pelbagai perkara agar kau terpujuk. Namun, kalau kau masih belum terpujuk makanya semua ucapan aku hanyalah sia-sia.
Kau nampak tak betapa perlunya kau untuk sedikit berdiplomatik dengan aku.
Betul, aku pernah katakan bahawa aku tak mahu kasari kau. Namun aku ada banyak kepentingan mahu diurusi. Kau sedia bantu aku tak, Cik Hati?
Harapan aku sama dengan Cik Fikiran. Kami mahu kau fokus. Mahu kau kembali tegar berminat untuk teruskan mencapai impian. Kau terlupa jutaan impian yang sama-sama kita bina? Aku tak mahu nanti kau dipersalahkan atas semua kegagalan.
Cik Hati, kau kena buktikan bahawa kau bukan sumber kegagalan. Malah kau adalah kekuatan. Kau adalah simbol ketrampilan. Aku mahu kau terus cantik begitu.
Mari Cik Hati, sambut aku. Cik Fikiran sedang sabar menunggu. Mari, kita sama-sama terus melangkah demi merealisasikan impian yang sejak dulu kita kejar.
Mari sayang!
No comments:
Post a Comment