Thursday, December 8, 2011

.Ampun untuk terkilan rasa kalian.

Sebenarnya aku tahu mak dan abah terkilan aku tak nak jadi cikgu. Nak tak nak, hidup kena diteruskan juga kan? Aku bukan bermaksud nak buat mak abah sedih, cuma aku tak rasa itu cabang yang aku mahu. Walaupun yang lain kata rugi aku tak teruskan jalan cikgu tu, konon-konon aku ada bakat seorang guru, tapi jujurnya aku jelas dengan rasa aku yang aku punya.

Mungkin, dengan segala apa yang telah aku tonjolkan waktu 3 bulan bergelar guru itu orang lain lihat sebagai paras ukur aku dalam bidang perguruan. Padahal yang sebenarnya, aku cuma menjadi komited dengan kerja yang sedang aku sandang. Kau tahu, aku terbeban rasa kalau-kalau yang sebenarnya gaji aku terima nanti bukan seluruhnya berkat. Aku takut, duit yang mengalir dalam tubuh aku bukan seharusnya dan selayaknya aku terima. Sebab itu, aku usaha semampu daya. Aku komited dengan kerja. Aku cuma takut.

Pada sangkaan mereka, itu bakat. Tak, itu bukan. Kau tahu; aku takut sangat, makin lama aku dilangkah itu, tindak aku jadi makin tidak ikhlas. Aku takut sangat, aku terima lebih dari yang aku beri. Aku takut yang itu.

Maka, urusan di mana letak aku lepas ini aku serah pada Allah. Dia Maha Tahu.  Aku dah tak tahu nak rungkai rasa di hati mak abah bagaimana.

Mak, abah. Maaf, aku bukan anak solehah yang mendengar kata.

Aku mohon ampun kerna sampai menerbitkan rasa terkilan pada hati kalian.

15 comments:

  1. jika kau tidak mahu jadi cikgu itu bukan salah. Hmm beginilah dayya. mmg mulia menjadi seorang cikgu tetapi kalau bukan itu yang kita mahukan, tidak akan kemana. keikhlasan itu wajib ada. cuba pilih apa yang kau mahukan dan terus mengejarnya.

    insyaallah.

    ReplyDelete
  2. aku pernah ada dalam scene sebegini
    dan sekarang dah masuk dalam scene ending

    tak pe, mohon restu dari mak abah.

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya. mungkin ini adalah yg terbaik aturan drp Dia.

    ReplyDelete
  4. apakah bakat membawa pada berkat lebih dari menjalankan tanggungjawab?

    ReplyDelete
  5. johan: aku sedang usahakannya.

    makwe joni: kau kuat kan? hati aku jadi sedih. tapi aku tak mampu nak ikut kehendak mak abah. huhuhu.

    chirpy_chummy: aku tak tahu. aku harap aku betul.

    phan:tanggungjawab tu sangat besar pada aku. aku tak mampu untuk terus ikhlas kalau terpaksa gendong apa yang bukan minat aku untuk satu jangka panjang. Soal bakat tu kemudian. pada aku ia bukan bakat. cuma cebisan komitmen yang aku berilunaskan.

    huhu.

    ReplyDelete
  6. keikhlasan itu penting. jiwa juga. kau sudah lakukan yang terbaik. ibu bapa kau pasti faham suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  7. hana: aku harap-harap macam tu lah! huhuhu.

    ReplyDelete
  8. apapun minat itu penting.. kerna masa kan dtg anda yang lalui.. apepun pendapat ibu dan ayah diambil kira.. inshaallah mereka kan faham satu hari nanti.. moga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  9. Pembunuh Tanpa Bayang :

    tak mengapa pasti akan ada jalan lain yang biasa buat mak dan ayah kamu tersenyum buat pengubat luka kecewa mereka .

    ReplyDelete
  10. Bakat anugerah yang Esa ... cuma ia perlu digilap agar lebih terang dan menjadi banga.

    ReplyDelete
  11. ibu bapa biasalah mereka selalu memilih untuk kita dan kita jarang dapat memilih yang kita suka ... tetapi sangan kita bukan pilihan ibu bapa kita ...

    ReplyDelete
  12. jadi cikgu pun bagus juga ada banyak cuti ... bab tu yang paling best hehehehe

    ReplyDelete
  13. Rezeki kita berkat atau tidak kita yang tentukan sendiri bukan orang lain melainkan kita tak tahu langsung .... tetapi mustahil kita tak tahu.

    ReplyDelete
  14. rasanya ramai yang suka kerja sikit dapat gaji banyak dari kerja banyak dapat gaji sikit ... tetapi sedarlah rezeki ada dimana-mana yang penting kita berusaha kearah tu.

    ReplyDelete
  15. entah la.aku pnh protes dalam hati untuk tidak mngambil law. tapi skrg, aku masih amik law. masih. dan akan terus. Kerana aku dah teruskan dahulu dan kena juga selesaikannya

    ReplyDelete