Monday, December 12, 2011

.Doakan aku.

Dah dekat sepuluh kali aku padam segala yang aku tulis.

Tak tahu kenapa susun atur kata aku dalam rentak abjad sudah seleweng sini sana. *Pandang kanan, tengok baju yang belum siap berkemas dalam beg. Pandang kiri, almari yang hampir kosong. Tiba-tiba ada rasa sebak dan takut.*

Mampu tak aku kembali kebal menjalani kehidupan di kota sama macam satu waktu dulu?

Kali ini seluruh beban atas jemala sendiri. Bukan lagi urusan ibubapa. Fiktif hidup yang bakal aku karang sendiri. Benar-benar sediakah aku pasak dengan identiti sebegini? Masih beranikah aku melaung ulang pada telinga-telinga tuli segala prinsip yang belum pernah lagi aku tujal jauhkan?

Masih lagi aku mampu jadi aku?

Aku harap, aku tak akan pernah lupa makna ikhlas. Doakan aku kuat merentang dunia kota selaku satu figura individualis.

(Terlalu lama terjaga bawah ketiak keluarga, aku sudah sedikit semakin takut pada garang dan sabung hidup)

Harap, baik-baik sahaja.

6 comments:

  1. Hey! dapat kerja di KL kah? aku doakan kau baik2 sahaja. Hidup individualis sangat gembira tahu? Aku dah lama menikmatinya.

    ReplyDelete
  2. boleh lah aku pegi jalan2 sana. hehehe

    ReplyDelete
  3. kita memang semua individual pada mulanya atau pada sebelumnya.

    ReplyDelete
  4. amira: hehe, kajang sini. kehkehkeh.

    hana: sekarang ni sementara saje. Masih cari yang tetap. Hahaha.

    dindingkosong: marilah sayang! :)

    pembaris: tak lupa, insyaAllah. Ingatkan aku selalu. hehe.

    phan: ye, watak individual yang selesa berada dalam kebanyakan. =)

    ReplyDelete