Monday, February 13, 2012

.Terpulang.

Aku tak pernah mengharap ada yang faham. Aku pun dah biasa dipandang dengan ekor mata sahaja oleh sebilangan orang. Namun, bila ada yang dekat dengan aku-- yang kenal hampir luar dalam siapa aku masih boleh mencipta isu tanpa sempat aku beri penjelasan atau dia sendiri mohon penjelasan telah buru-buru dia terus membuat kesimpulan, aku jadi tidak punya kata-kata.

Maaflah kalau itu yang kau rasa.

Sememangnya mungkin kau mahu terus merasa begitu. Teruskan. Satu hari nanti, kebenaran akan muncul. Aku percaya janji Tuhan. Kau akan tahu. Segala jasa-jasa kau memang tak mampu aku nak balas. Terima kasih, kawan. Jangan risau, kau tak pernah buat salah dengan aku. Kemudian nanti tak perlu ucap apa-apa.

Aku tak pernah menyesal begini.

Friday, February 3, 2012

.Nisa - Bidadari Cahaya.

"Kau percaya pada Tuhan?" soalan Alex menyebabkan aku tersedak arak di kerongkong. Terasa pedih salur tekak hingga ke hidung. Ada sedikit saki baki arak yang keluar melalui rongga hidung, aku seka dengan tangan yang sedikit basah.

"Kepercayaan kepada Tuhan itukan rukun negara. Rakyat Malaysia yang prihatin macam aku, mestilah percaya!" jawab aku dengan gelak yang kuat. Gelak aku bersambut dan bersatu dengan hilai tawa Alex. Kami kembali meneguk arak lagi, terus dari muncung botol kaca berwarna coklat tua itu.

Embun malam terasa bagaikan ais, keadaan terasa makin sejuk. Bagaikan orang Eskimo, aku menggigil kesejukkan. Alex pun sama. Mata kian berat dan makin lama, dunia makin gelap.

Hitam.

Bila tersedar, ada seorang perempuan tanpa pakaian di ranjang bersama aku. Aku tersengih nakal. Selimut yang menyelimuti kami, aku luncurkan ke bawah katil. Tubuhnya yang bogel tanpa baju kini menjadi santapan makan pagi ku.

Aku membelai-belai tubuh itu. Gadis Tiong Hua itu tersenyum manja, masih mamai keadaannya. Dia bagaikan terhibur dengan belaianku terhadapnya. Aku semakin bersemangat. Pipi mugilnya aku kucup. Makin lama, makin menghampiri bibirnya. Sampai ke bibir bak delima itu, kucupan dan ciumanku mula mengganas. Bibir dan lidah itu aku cium rakus.

Aku dapat rasakan tubuhnya sudah sedia menerima asakan demi asakan belaianku. Namun tiba-tiba dia menolak tubuhku. kucupan dan belaian terhenti seketika. Dia memandang mataku dan tersenyum sinis.

"Kau tahu, syurga yang kita suka ini adalah tiket untuk kita sama-sama ke neraka."

Aku malas melayan kata-kata itu. Tubuh dia kembali aku rangkul. Nampaknya dia sedikit kurang senang bila tubuhnya kembali ke rangkulanku. Dia pandang aku lagiu. Semakin dalam kata-katanya tadi diulang pada pendengaranku.

"Syurga yang sedang kita nikmati ini adalah tiket untuk kita sama-sama ke neraka." Satu-satu perkataan itu diucapnya, sengaja mencabar kemarahanku. Pedih dan dalam.

Aku mengeluh berat. Nafsu yang ghairah tadi mati begitu sahaja. Aku bangun dari katil dan bergerak ke bilik air. Mandi dan bersiap seadanya. Aku terus ke rumah untuk menyalin pakaian sebelum terus ke tempat kerja.

Petang itu aku ke pantri. Di situ, ada seorang gadis bertudung. Tidaklah cantik namun wajahnya ayu. Hatiku rasa tertawan lalu aku menghampiri tubuh yang menghadap ke luar jendela, ralit menikmati panorama selepas hujan.

"Hai, jauh termenung."

Gadis itu nampak terkejut. Dia tersenyum kemudiannya. Manis!

"Seronok pula tengok pemandangan lepas hujan.Ada pelangi." ucap dia sambil menunjukkan jarinya ke arah pelangi di awan. Aku rasakan perbuatan dia waktu itu sangat comel.

"Hati-hati, nanti jari putus" jawab aku cuba berjenaka. Dia tergelak kecil. Dari tadi, semua tindak tanduknya bersederhana. Nampak bersahaja, buat aku tambah tertarik mahu mengenalinya.

Dia meneguk air dari dalam cawan sesudah ketawanya berhenti.

"Nama awak siapa?" soal aku mahu mencuba nasib. Dah tahu nama barulah senang nak mengorat!

"Nisa" jawab gadis itu tanpa bertanya namaku kembali. Aku terasa egoku tercabar. Gadis ini bagaikan mahu jual mahal pula. Aku tersenyum. Mungkin inilah yang dikatakan buku bertemu ruas. Gadis dengan gaya beginilah yang aku tunggu selama ini. Barulah terasa tercabar ego lelakiku.

"Saya Azri." Aku perkenalkan diriku tanpa dipinta. Dia mengangguk.

Aku terasa makin tercabar dengan tindak tanduknya. Namun rasa ini bukanlah benci atau marah. Ianya lebih bersifat geram. Geram kerana umpanku tidak mengena. Geram, gadis ini kalis peluru cinta.

"Okaylah Azri, saya nak sambung kerja," dia berbasi-basa meminta diri. Aku masih belum berpuas hati. Dalam keadaan yang masih huru hara memikirkan ayat untuk menghalang dia pergi, tiba-tiba sebaris soalan meluncur laju dari mulutku.

"Nisa, awak percaya Tuhan?"

Nampaknya gadis itu terkedu. Langkahnya terhenti. Tubuh yang sudah membelakangiku kembali berpusing menghadap batang tubuhku. Wajah polos itu kelihatan keliru.

"Tak ada sebab untuk saya tidak percaya." Jawabnya tegas.

Hembusan nafas berat aku lepaskan.

"Awak tak setuju?" soalnya lagi. Nampaknya aku berjaya menarik minatnya untuk berbicara. Tapi topik yang ini sangat berat. Topik ini bukan yang sepatutnya aku ketengahkan.

Ah, aku sudah buat kesilapanj paling besar! Menyesal.

"Saya tidak nampak Tuhan. Saya tidak percayakan apa yang tidak boleh nampak. Jadi, saya tak percayakan Tuhan." jawab aku.

Dia tersenyum sambil menggeleng.

"Awak terlalu berkira-kira, Azri." ujar gadis itu. Aku pula hilang punca-- tidak faham maksud ucapannya. Keing sebelah kanan terangkat. Aku garu kepala.

"Kenapa kata saya berkira pula?" soal aku memberikan bukti nyata betapa tidak sampainya mesej yang ingin dia sampaikan tadi.

"Pemikiran awak, sama dengan kira-kira mudah Matematik. Premis A= Tuhan tidak nampak. Premis B= Semua benda tidak nampak tidak boleh percaya. Premis C= Tuhan tidak boleh dipercayai."

Aku rasa terpukul. Cara dia gambarkan cara fikirku sebentar tadi buat aku malu sendiri. Aku sendiri tidak pernah perasan. Gadis ini unik cara pemikirannya. Aku cuba pertahankan pemikiranku, namun tidak ada hujah yang keluar.

"Azri pernah nampak angin? Oksigen? Zarah?" soal dia. Aku geleng.

"Jadi, Azri tak percaya wujud angin, oksigen dan zarah?" soal dia lagi.

Aku terkedu sebentar, namun cepat-cepat menyanggah. "Awak silap Nisa, angin, udara dan zarah memang tak dapat dilihat tapi Sains berjaya membuktikan kewujudannya." jawab aku lancar. Kali ini aku yakin dengan jawapanku.

"Apa Azri rasa kewujudan Tuhan tak dapat dibuktikan oleh Sains?" soal dia lagi, masih tersenyum. Lagi-lagi aku terkedu. Entah kerana manis senyumnya atau bijak pendapotnya.

"Sebagai seorang Islam, Tuhan yang saya percaya ialah Allah. Dalam Islam, Allah tunjukkan kewujudanNya dalam setiap isi dunia. Malah ianya secara terang-terang telah tercatit dalam Al-Quran. Sudah banyak contoh yang berjaya dibuktikan oleh Sains kesahihannya." Gadis itu berhenti seketika, mengambil nafas sebelum menyambung semula kata-katanya.

"Contoh-contohnya, Azri boleh cari sendiri. Biasanya apa yang kita dapat dari hasil usaha kita sendiri, kita lebih hargainya." Ujar dia lagi.

Aku mengangguk.

*****

"Nisa, saya masih ada soalan" waktu itu aku terserempak dengan gadis itu selepas waktu pejabat. Kami sama-sama berada di dalam lif. Kebetulan waktu itu cuma ada kami berdua.

Dia tersenyum. Wajah itu aku lihat bagaikan bercahaya. Terasa tenang hatiku sejak mengenali dia.

"Apa dia?" soal dia pendek, namun jelas dia sedikitpun tidak terganggu untuk menjawab soalanku.

"Apa pendapat awak tentang syurga dan neraka?" soal aku lagi.

"Wallahualam. Dalam syurga itu telah dijanjikan setiap kebahagiaan dan neraka pula dijanjikan keperitan siksaan." jawab dia.

"Bukan itu maksud saya."

"Jadi?"

"Mengapa Tuhan ciptakan syurga dan neraka? Kalau awal-awal telah wujud syurga dan neraka, kenapa Allah tidak hukum Nabi Allah Adam A.S dan Hawa A.S. ke neraka? Mengapa mereka diturunkan ke bumi? Bukankah ianya mendatangkan kerosakan? Tuhan bagaikan kejam, sengaja mahu menyiksa hambaNya."

Gadis itu mengangguk. Dia memandang aku. Matanya memukau jiwaku.

"Azri, di dunia inipun kalau kita buat salah, bukannya terus dihukum mandatori. Kita diberi ruang untuk bertaubat, menyedari kesilapan yang telah kita lakukan. Kita diminta bermuhasabah. Malah, kita juga punya hak untuk dibicarakan. Inikan pula kita bercerita tentang Allah Yang Maha Penyayang, Allah Yang Maha Pengampun."

"Dunia ini Allah sediakan untuk kita bermuhasabah dan memperbaiki kekurangan kita selaku hambaNya. Dan kita juga punya Hari Kiamat untuk dibicarakan. Bukankah begitu?" soalnya pula.

Aku terdiam lagi. Berfikir untuk setiap kalinya. Sekali lagi membenarkan bicara gadis itu menusuk lembut ke kalbu.

Nisa-- kau bagaikan bidadari cahaya dari syurga. Mungkinkah kau hadiah Tuhan untukku? Namun, siapalah aku untuk layak emnerima hadiah sebegini bermakna dari Tuhan.

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Tiba-tiba sahaja lagu nasyid nyanyian Raihan terngiang-ngiang di telingaku.


Iman, bukankah hadiah dari Tuhan buat hambanya yang terpilih?
Alhamdulillah ya Allah, Kau kembalikan Imanku dengan cara yang paling manis.

"Lailahaillallah, Muhammadarrasulullah."

Sesungguhnya tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.



Tuesday, January 31, 2012

.Interview sessions.

Bermula hari ini sampai Sabtu (04/02/2012)  bakal menghadiri temuduga. Setiap hari. Harap-harap, dari semua yang pergi ni melekat lah satu!

Bilalah dapat jenguk blog kawan-kawan yang lain pulak. Lama dah tak berpeluang jalan-jalan. Update entry, terus offline. Haih, rindu sangat-sangat dah.

Mendung bakal pergi, aku tetap percaya mentari akan datang lagi bawa pelangi. Biarlah kebasahan dalam hujan, aku akan siap siaga biar kering dik kedinginan bayu. Biarlah terlewat, namun mahu melangkah pergi dan berlari dari harapan-- itu bukan aku.

Maaf sebab jarang menjengah blog kalian.

Rindu!

Saturday, January 28, 2012

.Kiamat.

Dunia sini memang tidak mungkin mampu balik menjadi dunia yang dulu. Dunia sini sudah semacam jadi bicara rasa yang kontang. Dunia sini sebenarnya satu ruang recycle perasaan.

Pernah seorang kawan bertanya; bila dunia kamu yang ini mahu kiamat?


Thursday, January 26, 2012

.Angin dan hati.

Kuasa angin yang berputar langsung tidak bermaksud menunjukkan gambaran toleransi damai. Kuasa angin yang berputar sebenarnya lebih memberi dingin yang-- asing. Berbanding angin yang menyembah wajah dengan lembut mulus tiupannya, kedinginannya terus menerjah ke sepelusuk hati.

Begitu namanya hati, menerima sesuatu perkara dengan kerelaan. Percayalah, sememangnya kerelaan itu lebih lama bertahan berbanding dipaksa-paksa.

Apa pun perkara, begitu juga tunjangnya.

Wednesday, January 25, 2012

.Lepas gian, sahaja.

Jujurnya sebentar tadi,aku hampir sahaja menangis. Lappy kesayangan jadi kabur. Skrin bermasalah sampai tidak nampak apa-apa. Aku agak, ia tercekik susu di kerongkong. Lalu, aku tiarapkan dia. Tampar bontot tiga empat kali, urut-urut belikat belakang, timang-timang manja.

Alhamdulillah, ia pulih kembali.

Sayang, jangan buat I macam ni lagi!


Aku cuba untuk kembali berkelana di dunia maya.(kembali). Agak lama kan?

Malam ini sudah cukup rempah ratus perasaan yang bercampur baur. Ditambah fokus jasad yang kurang tenaga, maka celoteh aku tidak punya hujung pangkal. Nanti saja aku sambung lagi. Menulis malam ini hanya untuk melepaskan gian.

Selamat malam dunia!

Wednesday, January 11, 2012

.Rindu aku?.

Maya bukan lagi ruang jimba. Tak mampu mahu berada di dunia sini buat masa ini. Bakal hilang lagi. Doakan sejahtera aku. Januari beri manis pada hati, namun jasad harus lebih kukuh. Januari yang belum separuh bulan diredah, dengan kejam mendera jasad punya aku.

Tapi aku punya yakin diri untuk terus tabah. Moga tahun ini, perisian jiwa aku lebih utuh. Moga tahun ini agama yang aku junjung lebih tinggi dari sebelumnya. Moga tahun ini menjadi pelengkap segala kurang.

Amin.

Aku juga selalu mendoakan kesejahteraan kalian semua!

Wednesday, December 21, 2011

.Khilaf.

Seminit sebelum mata lelap, aku melakar rasa. CUkuplah sebaris ayat menyatakan bahawa aku terlalu amat mahu berikan sedaya mampu aku temani sunyi seseorang, mahu berada pada waktu dia mahukan aku. Sentiasa ada untuk dia bila dia perlu. Dan seperti sebelum ini, aku ingkar dengan kata hati. Aku terbelah antara jasad dan jiwa. Mungkin aku tak selayaknya bergelar yang terbaik, tapi aku tetap sentiasa cuba menjadi yang terbaik. Maaf untuk semua khilaf.

Thursday, December 15, 2011

.Adoi-doi-doi.

Hari-hari terisi dengan kesibukan. Langsung, waktu mahu ke kota aku tertinggalkan lappy kesayangan. Lepas Krismas baru boleh bertemu dengan kekasihku itu. Buat masa sekarang, aku punya limitasi besar dengan dunia maya. Selain ketiadaan kekasih hati, aku juga masih belum punya sambungan ke jalur lebar. Ya, saluran internet masih belum masuk ke rumah.

Aku sendiri baru boleh masuk rumah hari ini. Itu pun gara-gara tandas yang rosak.

Hai. Aku sekarang merupakan watak individualista. Ohsem kan? Hahaha.

(Disebabkan barang-barang hostel dulu tak boleh bawa sekali sebab berangkat ke kota dengan keretapi, maka acara masuk rumah ni dah macam gaya nak masuk rumah baru je. Budget lari sikit.)

Adoi lah juga! Hahaha.

Monday, December 12, 2011

.Doakan aku.

Dah dekat sepuluh kali aku padam segala yang aku tulis.

Tak tahu kenapa susun atur kata aku dalam rentak abjad sudah seleweng sini sana. *Pandang kanan, tengok baju yang belum siap berkemas dalam beg. Pandang kiri, almari yang hampir kosong. Tiba-tiba ada rasa sebak dan takut.*

Mampu tak aku kembali kebal menjalani kehidupan di kota sama macam satu waktu dulu?

Kali ini seluruh beban atas jemala sendiri. Bukan lagi urusan ibubapa. Fiktif hidup yang bakal aku karang sendiri. Benar-benar sediakah aku pasak dengan identiti sebegini? Masih beranikah aku melaung ulang pada telinga-telinga tuli segala prinsip yang belum pernah lagi aku tujal jauhkan?

Masih lagi aku mampu jadi aku?

Aku harap, aku tak akan pernah lupa makna ikhlas. Doakan aku kuat merentang dunia kota selaku satu figura individualis.

(Terlalu lama terjaga bawah ketiak keluarga, aku sudah sedikit semakin takut pada garang dan sabung hidup)

Harap, baik-baik sahaja.

Thursday, December 8, 2011

.Ampun untuk terkilan rasa kalian.

Sebenarnya aku tahu mak dan abah terkilan aku tak nak jadi cikgu. Nak tak nak, hidup kena diteruskan juga kan? Aku bukan bermaksud nak buat mak abah sedih, cuma aku tak rasa itu cabang yang aku mahu. Walaupun yang lain kata rugi aku tak teruskan jalan cikgu tu, konon-konon aku ada bakat seorang guru, tapi jujurnya aku jelas dengan rasa aku yang aku punya.

Mungkin, dengan segala apa yang telah aku tonjolkan waktu 3 bulan bergelar guru itu orang lain lihat sebagai paras ukur aku dalam bidang perguruan. Padahal yang sebenarnya, aku cuma menjadi komited dengan kerja yang sedang aku sandang. Kau tahu, aku terbeban rasa kalau-kalau yang sebenarnya gaji aku terima nanti bukan seluruhnya berkat. Aku takut, duit yang mengalir dalam tubuh aku bukan seharusnya dan selayaknya aku terima. Sebab itu, aku usaha semampu daya. Aku komited dengan kerja. Aku cuma takut.

Pada sangkaan mereka, itu bakat. Tak, itu bukan. Kau tahu; aku takut sangat, makin lama aku dilangkah itu, tindak aku jadi makin tidak ikhlas. Aku takut sangat, aku terima lebih dari yang aku beri. Aku takut yang itu.

Maka, urusan di mana letak aku lepas ini aku serah pada Allah. Dia Maha Tahu.  Aku dah tak tahu nak rungkai rasa di hati mak abah bagaimana.

Mak, abah. Maaf, aku bukan anak solehah yang mendengar kata.

Aku mohon ampun kerna sampai menerbitkan rasa terkilan pada hati kalian.

.To whom it may concern.

There were times you knew you did wrong and you tried your very best to change it for a better. However, things do not practically packed as you wish. Yeah, only if your wish, wisdom and courage is something 3 in 1 product so that you might turns into the other side of 180 degrees' result.

The more you wanna be someone better, the more difficulties and barriers you will face.

I'm not talking bout some kind of rubbish but my valuable experiences. Bad experiences, still... valuable. And yes, I am a loser who is still striving for a better.

And from the bottom of my heart, I hope you have the strength to fight. It hurts awhile, just be strong. I will always be here near you, supporting to the fullest.

All the best, dear.